Firdaus Jailan

Dah dihantar ke emel tuan.

Semak inbox dalam satu dua minit. Kalau tak nampak, tengok folder Spam atau Promotions — dan tandakan ia bukan spam supaya emel seterusnya sampai betul.

Tak sampai juga? Emel kami di hello@firdausjailan.com.

Sebelum tuan tandatangan surat itu

Tiga soalan. Ambil masa seminit.

1

Ini surat amaran keberapa yang tuan hantar tahun ini?

2

Berapa orang berbeza yang sudah menerimanya?

3

Adakah mereka datang dari jabatan atau penyelia yang sama?

Kalau jawapannya satu orang, sekali — memang masalah orang itu. Surat tuan sudah cukup.

Kalau jawapannya ramai orang, berulang kali, dan berkumpul di satu tempat — surat keempat pun tidak akan mengubah apa-apa. Yang rosak bukan orangnya.

Nak tahu yang mana satu?

Diagnos Bisnes ialah 20 soalan tentang syarikat tuan. Sepuluh minit. Percuma. Hujungnya tuan nampak di mana sebenarnya sistem tuan bocor — manusia, kerja, duit atau owner.

Mula Diagnos Bisnes

Firdaus Jailan — Tukang Fikir untuk owner bisnes.
© ABS Group