Laman Utama / Diagnos Bisnes
Tuan tidak perlu tahu penyelesaiannya sekarang. Tuan cuma perlu bermula dengan mengetahui bahagian mana yang sedang membawa risiko paling besar kepada syarikat. Diagnos Bisnes menilai empat teras di bawah dan memberikan skor serta gambaran awal tentang keadaan pengurusan syarikat tuan.
Diagnosis awal ini bukan audit dan bukan keputusan muktamad. Ia membantu menentukan bahagian yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Setiap soalan ialah satu kenyataan tentang syarikat tuan. Pilih sejauh mana kenyataan itu benar hari ini — bukan apa yang tuan rancang, bukan apa yang sepatutnya.
Jawapan tuan tidak dikongsi dengan sesiapa. Keputusan dipaparkan serta-merta selepas tuan mengisi nama dan nombor untuk dihubungi.
Isi maklumat di bawah dan tekan Lihat Keputusan. Skor tuan akan dipaparkan serta-merta, dan salinan dihantar kepada kami supaya kami boleh menyambung perbincangan jika tuan mahu.
Diagnosis awal ini bukan audit dan bukan keputusan muktamad. Ia membantu menentukan bahagian yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, prestasi, disiplin dan barisan kepimpinan — adakah setiap orang tahu apa yang dikira siap?
Aliran proses, SOP, pembahagian kerja, laporan, bukti pelaksanaan dan sistem pemantauan — adakah kerja berjalan tanpa perlu ditanya?
Aliran tunai, kos operasi dan projek, margin, penghutang, pemiutang dan kawalan perbelanjaan — adakah owner nampak duit sebelum ia habis?
Peranan owner, delegasi, had kuasa, sistem mesyuarat dan dashboard pengurusan — sejauh mana bisnes boleh berjalan tanpa tuan?
Kalau tuan lebih selesa bercerita daripada menjawab soalan, ceritakan keadaan syarikat tuan melalui borang hubungi atau WhatsApp. Kami akan bantu tentukan bahagian yang perlu diperiksa dahulu.