Masalah Bisnes

Laman Utama / Masalah Bisnes

Simptom Masalah

Tuan Mungkin Sudah Ada Bisnes, Tetapi Belum Ada Sistem Yang Benar-Benar Menguruskan Bisnes

Yang mana satu sedang berlaku dalam syarikat tuan? Setiap simptom di bawah selalunya bukan masalah sebenar — ia tanda bahawa ada bahagian dalam Manusia, Kerja, Duit atau Owner yang belum disusun.

Staff Hanya Bergerak Selepas Disuruh

Kerja harian masih perlu ditanya satu per satu. Kalau owner atau manager tidak bertanya, kerja boleh terus senyap.

Manager Ada Jawatan, Tetapi Tidak Mengurus

Manager menyampaikan arahan dan menghantar laporan. Apabila masalah berlaku, keputusan masih menunggu owner.

SOP Ada, Tetapi Tidak Digunakan

Dokumen sudah disediakan tetapi operasi sebenar masih berjalan berdasarkan kebiasaan dan arahan mulut.

Jualan Ada, Tetapi Duit Sentiasa Tidak Cukup

Jualan masuk setiap bulan tetapi apabila tiba waktu membayar gaji, supplier dan komitmen, syarikat mula sesak.

Tugas Bercampur Dan Bertindih

Ramai orang melakukan kerja yang sama. Pada masa yang sama, kerja penting tidak mempunyai penjaga.

Laporan Tidak Boleh Dipercayai

Data lambat, bukti tidak lengkap dan angka berubah-ubah. Owner perlu menyemak semula benda yang sepatutnya sudah selesai.

Masalah Disiplin Dibiarkan Terlalu Lama

Kesalahan berulang tetapi tindakan tidak konsisten. Staff yang baik mula hilang hormat terhadap peraturan.

Owner Tidak Boleh Meninggalkan Operasi

Walaupun bercuti beberapa hari, masalah dan keputusan masih datang kepada owner.

Punca Sebenar

Masalah Yang Tuan Nampak Selalunya Bukan Masalah Sebenar

Apabila staff tidak bergerak, mudah untuk kita kata mereka malas. Apabila duit tidak cukup, mudah untuk kita salahkan jualan. Tetapi selepas masuk lebih dalam, puncanya selalunya berbeza — dan masalah sebenar jarang berdiri sendirian. Sebab itu kami tidak terus memberikan SOP, menambah staff atau mencadangkan sistem baharu. Kami cari dahulu apa yang sebenarnya rosak.

01

Staff Tidak Jelas Hasil Kerja

Bukan malas — tiada siapa pernah tetapkan apa yang dikira siap, bila dan bagaimana ia disemak.

02

Manager Tidak Diberi Kuasa

Jawatan tanpa had kuasa dan ukuran hanya menjadikan manager sebagai penyampai pesanan.

03

Kos & Tunai Tidak Dikawal

Syarikat membuat jualan tetapi tidak mengawal kos, margin, komitmen dan aliran tunai.

04

SOP Tiada Pemantau

SOP dibina tetapi tiada siapa memantau pelaksanaannya — dan ketua sendiri tidak menyemak.