Laman Utama / Masalah Bisnes
Yang mana satu sedang berlaku dalam syarikat tuan? Setiap simptom di bawah selalunya bukan masalah sebenar — ia tanda bahawa ada bahagian dalam Manusia, Kerja, Duit atau Owner yang belum disusun.
Kerja harian masih perlu ditanya satu per satu. Kalau owner atau manager tidak bertanya, kerja boleh terus senyap.
Manager menyampaikan arahan dan menghantar laporan. Apabila masalah berlaku, keputusan masih menunggu owner.
Dokumen sudah disediakan tetapi operasi sebenar masih berjalan berdasarkan kebiasaan dan arahan mulut.
Jualan masuk setiap bulan tetapi apabila tiba waktu membayar gaji, supplier dan komitmen, syarikat mula sesak.
Ramai orang melakukan kerja yang sama. Pada masa yang sama, kerja penting tidak mempunyai penjaga.
Data lambat, bukti tidak lengkap dan angka berubah-ubah. Owner perlu menyemak semula benda yang sepatutnya sudah selesai.
Kesalahan berulang tetapi tindakan tidak konsisten. Staff yang baik mula hilang hormat terhadap peraturan.
Apabila staff tidak bergerak, mudah untuk kita kata mereka malas. Apabila duit tidak cukup, mudah untuk kita salahkan jualan. Tetapi selepas masuk lebih dalam, puncanya selalunya berbeza — dan masalah sebenar jarang berdiri sendirian. Sebab itu kami tidak terus memberikan SOP, menambah staff atau mencadangkan sistem baharu. Kami cari dahulu apa yang sebenarnya rosak.
Bukan malas — tiada siapa pernah tetapkan apa yang dikira siap, bila dan bagaimana ia disemak.
Jawatan tanpa had kuasa dan ukuran hanya menjadikan manager sebagai penyampai pesanan.
Syarikat membuat jualan tetapi tidak mengawal kos, margin, komitmen dan aliran tunai.
SOP dibina tetapi tiada siapa memantau pelaksanaannya — dan ketua sendiri tidak menyemak.