Soalan Lazim

Laman Utama / Soalan Lazim

Soalan Lazim

Perkara Yang Selalu Ditanya Sebelum Owner Bermula

Kalau soalan tuan tiada di sini, hubungi kami — kami jawab secara terus.

Adakah Diagnos Bisnes sama dengan Forensik Bisnes?

Tidak. Diagnos ialah penilaian awal. Forensik ialah pemeriksaan lebih mendalam melalui temu bual, semakan dokumen, data dan operasi.

Adakah kami perlu terus mengambil Coaching atau Servis Bulanan?

Tidak. Ada masalah yang boleh diselesaikan sendiri selepas mendapat cadangan yang jelas. Coaching atau Servis Bulanan hanya dicadangkan apabila diperlukan.

Adakah konsultasi dibuat secara dalam talian?

Ya. Kami membantu syarikat di seluruh Malaysia. Sesi boleh dijalankan secara dalam talian, bersemuka atau melalui lawatan ke premis mengikut skop.

Adakah Kumpulan ABS menyediakan dokumen dan SOP sahaja?

Tidak. Kami turut melihat pelaksanaan, tanggungjawab, laporan, bukti kerja dan pemantauan.

Adakah nama dan maklumat syarikat dirahsiakan?

Bagi kerja konsultasi dan forensik, ya. Maklumat syarikat, pekerja, kewangan dan operasi dikendalikan secara sulit dan identiti hanya didedahkan dengan kebenaran. Bagi sesi latihan pula, nama organisasi boleh disenaraikan kerana sesi latihan tidak melibatkan pemeriksaan rekod dalaman syarikat.

Adakah latihan ini boleh dituntut melalui HRDC?

Ya. Firdaus merupakan trainer bertauliah HRDC. Syarikat yang mencarum HRDC boleh menuntut semula kos latihan mengikut syarat yang ditetapkan. Kami boleh membantu tuan menyemak kelayakan sebelum sesi dijadualkan.

Adakah kami perlu membuat Diagnos Bisnes sebelum mengambil latihan?

Tidak. Latihan boleh diambil secara berasingan. Namun Diagnos Bisnes membantu menentukan topik yang paling memberi kesan kepada syarikat tuan, supaya latihan tidak menjadi sesi yang sekadar menyeronokkan tetapi tidak mengubah apa-apa.

Adakah servis ini sesuai untuk bisnes yang baru bermula?

Fokus utama kami ialah syarikat yang sudah beroperasi, mempunyai staff dan berhadapan dengan cabaran pengurusan.

Sejauh Mana Bisnes Tuan Benar-Benar Boleh Berjalan Tanpa Tuan?

Mulakan Dengan Diagnos Bisnes — 5 Hingga 10 Minit.

Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.