Laman Utama / Pengalaman Kami
Nama syarikat dan individu tidak didedahkan. Keadaan, masalah dan pengajarannya dikongsi supaya owner lain boleh belajar daripadanya.
Kerja site sukar dipantau dan laporan harian tidak lengkap. Maklumat permit, tenaga kerja, mesin, lokasi, tugasan dan bukti kerja tidak berada dalam satu aliran. Kami menyusun sistem pembukaan dan penutupan site, laporan harian, pemantauan mesin, permit, bukti kerja dan tanggungjawab.
Owner sukar memastikan setiap outlet menjalankan operasi dengan cara yang sama. Kami menyusun checklist operasi, pembahagian peranan, sistem stok, laporan shift, kawalan tunai dan tanggungjawab manager.
Peranan manager tidak jelas, had kuasa tidak ditentukan dan tiada ukuran khusus. Kami menyusun struktur organisasi, Job Description, hasil kerja, had kuasa, sistem mesyuarat dan laporan pengurusan.
Kos operasi, komitmen, penghutang, perbelanjaan dan prestasi projek tidak dilihat dalam satu gambaran. Kami menyusun kategori kewangan, kawalan perbelanjaan, pemantauan tunai dan laporan mengikut bahagian atau projek.
Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.
Kami pernah terlibat dalam penyusunan dan pemantauan pelbagai jenis operasi di seluruh Malaysia: Restoran dan kafe · Perniagaan pelbagai outlet · Food truck dan pengurusan acara · Nursery dan pusat tanaman · Projek landskap · Kontraktor dan operasi tapak · Cleaning dan perkhidmatan cucian · Bengkel dan logistik · Pengurusan aset dan kenderaan · Perkhidmatan akaun · Pengurusan HR · Latihan dan pembangunan pekerja · Organisasi kebajikan · Struktur kumpulan syarikat.
Setiap industri mempunyai bahasa, proses dan cabaran berbeza. Namun masalah pengurusan biasanya berpusing pada tanggungjawab yang tidak jelas, laporan yang tidak boleh dipercayai, kos yang tidak dikawal, manager yang tidak berfungsi dan terlalu banyak perkara yang masih bergantung kepada owner.