1. Tujuan Sesi
Sesi Coaching Premium Percuma ini bertujuan memberikan panduan dan strategi kepada pemilik bisnes kecil dan sederhana untuk membina operasi bisnes yang lebih tersusun, membangunkan pasukan, dan memacu pertumbuhan syarikat.
2. Kelayakan Peserta
Sesi ini hanya terbuka kepada:
- Pemilik bisnes kecil dan sederhana yang aktif beroperasi.
- Individu yang serius mahu memperbaiki operasi dan pertumbuhan bisnes mereka.
Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya peserta tidak memenuhi kriteria ini.
3. Bayaran Deposit Masa
- Setiap tempahan mesti disertakan dengan bayaran deposit masa sebanyak RM250.
- Deposit ini sebagai komitmen masa dan akan dipulangkan sepenuhnya selepas peserta menyelesaikan sesi coaching.
4. Polisi Pemulangan Deposit
- Deposit akan dipulangkan dalam masa 3-5 hari bekerja selepas sesi coaching selesai.
- Deposit tidak akan dipulangkan jika:
- Peserta mengubah tarikh sesi dalam masa kurang dari 72 jam sebelum sesi asal.
- Peserta tidak hadir tanpa makluman awal 72 jam.
- Peserta membatalkan tanpa penggantian tarikh.
5. Penukaran Tarikh Sesi
- Penukaran tarikh hanya dibenarkan maksimum 2 kali daripada tarikh asal.
- Penukaran tarikh mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum sesi asal.
- Jika penukaran dibuat kurang dari 72 jam atau melebihi 2 kali, deposit dianggap hangus.
6. Penukaran Deposit Kepada Rakaman
- Jika peserta tidak dapat hadir, deposit boleh ditukarkan kepada pembelian rakaman sesi bernilai RM250.
- Rakaman akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja selepas sesi.
7. Ketidakhadiran
- Peserta yang gagal hadir tanpa makluman awal akan kehilangan hak kepada pemulangan deposit dan rakaman.
8. Tanggungjawab Peserta
- Peserta bertanggungjawab memastikan jadual dan kehadiran mereka pada masa yang telah dipersetujui.
- Peserta perlu menyediakan sambungan internet yang stabil untuk sesi dalam talian.
9. Hak Penganjur
- Firdaus Jailan berhak membatalkan, menjadualkan semula, atau menolak sebarang penyertaan atas sebab yang munasabah tanpa keperluan memberi pampasan tambahan selain daripada pemulangan deposit (jika berkaitan).
- Firdaus Jailan juga berhak meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
10. Persetujuan
Dengan membuat tempahan dan pembayaran deposit, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.