Cara Kami Membantu

Laman Utama / Cara Kami Membantu

Tangga Penyelesaian

Setiap Masalah Memerlukan Tahap Campur Tangan Yang Berbeza

Tidak semua syarikat terus memerlukan servis bulanan. Ada owner yang hanya memerlukan pandangan awal. Ada masalah yang perlu dibedah dengan lebih mendalam. Ada syarikat yang memerlukan bimbingan atau pasukan pelaksana. Ada juga syarikat yang strukturnya sudah betul tetapi orangnya belum pernah diajar cara menjalankan peranan itu — bagi keadaan itu, latihan selalunya lebih berkesan daripada menambah sistem baharu.

Diagnos Bisnes

Langkah 1

· Percuma · 5–10 minit

Kenal pasti dahulu bahagian yang sedang bermasalah. Diagnos Bisnes menilai simptom, tahap masalah dan bahagian yang paling memerlukan perhatian. Hasilnya menentukan sama ada syarikat hanya memerlukan cadangan awal atau perlu dibawa kepada Forensik Bisnes.

Apa Yang Tuan Dapat

Forensik Bisnes

Langkah 2

· Pemeriksaan mendalam

Apabila cerita sahaja tidak lagi mencukupi, kami menemu bual pihak berkaitan, menyemak dokumen, meneliti laporan, melihat operasi dan membandingkan arahan dengan pelaksanaan sebenar.

Apa Yang Tuan Dapat

Coaching Bulanan

Langkah 3

· Kami bimbing, pasukan tuan laksana

Coaching membantu owner dan manager menentukan keutamaan, membuat keputusan, memecahkan tindakan, menyemak hasil kerja dan mengekalkan momentum pelaksanaan.

Apa Yang Tuan Dapat

Servis Bulanan

Langkah 3

· Pasukan pelaksana Kumpulan ABS

Apabila syarikat tidak mempunyai tenaga, kepakaran atau masa, Kumpulan ABS boleh membantu melaksanakan fungsi mengikut skop yang dipersetujui.

Apa Yang Tuan Dapat

Sejauh Mana Bisnes Tuan Benar-Benar Boleh Berjalan Tanpa Tuan?

Mulakan Dengan Diagnos Bisnes — 5 Hingga 10 Minit.

Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.

Firdaus Jailan berbincang bersama pasukan di dalam operasi sebenar
Cara Kami Bekerja

Kami Tidak Bermula Dengan Jawapan. Kami Bermula Dengan Soalan Yang Betul.

Kami mendengar apa yang owner percaya sedang berlaku, menyemak dokumen, laporan dan operasi sebenar, membezakan simptom dengan punca, menyusun manusia, kerja, duit dan sistem — lalu membantu pasukan tuan melaksanakannya sehingga ia berfungsi.