Laman Utama / Latihan
Ada syarikat yang strukturnya sudah betul tetapi orangnya belum pernah diajar cara menjalankan peranan itu. Manager diberi jawatan tetapi tidak pernah diajar cara mengurus. Ketua diminta menegur tetapi tidak pernah diajar cara menegur tanpa merosakkan pasukan. Dalam keadaan begitu, yang perlu dinaikkan ialah keupayaan orangnya. Kami menjalankan latihan dalaman dan bengkel untuk syarikat di seluruh Malaysia, dan Firdaus merupakan trainer bertauliah HRDC.
Kepimpinan, komunikasi dan pembangunan orang — untuk ketua yang diberi jawatan tetapi belum pernah diajar cara mengurus.
Supaya SOP bukan sekadar dokumen — staff faham kenapa ia wujud dan ketua tahu cara memantau pelaksanaannya.
Untuk owner dan ketua yang membuat keputusan tetapi belum benar-benar memahami kos, margin, komitmen dan cukai.
Menyusun semula peranan owner supaya bisnes boleh bergerak tanpa semua keputusan menunggu seorang manusia.
Topik di luar empat teras yang pernah kami sampaikan kepada agensi, yayasan dan syarikat korporat.
Syarikat yang mencarum HRDC boleh menuntut semula kos latihan mengikut syarat yang ditetapkan. Beritahu kami keadaan pasukan tuan — kami bantu semak kelayakan HRDC dan cadangkan topik yang paling memberi kesan sebelum sesi dijadualkan.
Kami bertanya tentang keadaan sebenar pasukan tuan — apa yang berlaku, siapa yang terlibat dan apa yang perlu berubah.
Topik dan contoh disusun mengikut situasi syarikat tuan, bukan slide yang sama untuk semua orang.
Di premis tuan, secara berkumpulan atau dalam talian — satu atau dua hari mengikut skop, dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Kami bantu tuan menyemak kelayakan dan menyediakan dokumen sokongan untuk tuntutan HRDC.
Latihan berbeza daripada konsultasi. Dalam sesi latihan, kami tidak masuk ke dalam rekod dalaman syarikat — sebab itu nama organisasi di bawah boleh dikongsi. Bagi kerja konsultasi dan forensik, nama syarikat kekal tidak didedahkan.