Tentang Firdaus

Laman Utama / Tentang Firdaus

Tukang Fikir

Mohd Firdaus Jailan — Tukang Fikir
Firdaus Jailan menyemak laporan kewangan bersama owner
Tentang Firdaus

Kami Tidak Melihat Masalah Owner Dari Luar

Mohd Firdaus Jailan, atau Tukang Fikir, bukan sekadar memberikan pandangan dari bilik latihan. Beliau sendiri mengurus syarikat, staff, projek, operasi, pelanggan dan pelbagai cabaran yang datang bersama tanggungjawab sebagai seorang CEO. Beliau terlibat dalam pembangunan Kumpulan ABS serta beberapa bahagian yang memberikan penyelesaian dalam bidang pengurusan, HR, kewangan, digital dan pembangunan bisnes.

Pengalamannya datang daripada kerja sebenar bersama pelbagai jenis organisasi — daripada restoran, nursery dan operasi pelbagai outlet sehinggalah kontraktor, kerja tapak, cleaning, bengkel dan syarikat perkhidmatan.

Kenapa Tukang Fikir

Tukang Fikir bukan bermaksud orang yang mempunyai semua jawapan. Ia bermaksud orang yang sanggup melihat sesuatu masalah lebih lama, bertanya lebih dalam dan tidak terlalu cepat menerima jawapan yang mudah.

“Kadang-kadang syarikat tidak perlukan lebih banyak idea. Syarikat cuma perlukan seseorang yang boleh membantu owner menyusun semula perkara yang sudah bercampur.”

Pengalaman Dalam Angka

0
+
Tahun Pengalaman
0
Industri Dilibatkan
0
Teras Diagnosis
Prinsip Kami

Perkara Yang Kami Percaya Tentang Mengurus Bisnes

Prinsip ini datang daripada masalah sebenar yang kami lihat berulang dalam pelbagai syarikat — bukan daripada teori.

Firdaus Jailan menyampaikan latihan Teknik Menurunkan Kuasa

Jangan Tambah Staff Sebelum Susun Kerja

Staff baharu tidak akan menyelesaikan kekeliruan lama. Kadang-kadang ia hanya menambah kos dan manusia ke dalam sistem yang sudah berserabut.

Jangan Bina SOP Yang Tidak Boleh Dipantau

SOP mesti menjelaskan tindakan, bukti, tanggungjawab dan siapa yang menyemak.

Jangan Panggil Seseorang Manager Kalau Dia Tidak Diberi Kuasa

Jawatan tanpa kuasa hanya menjadikan manager sebagai penyampai pesanan.

Jangan Hukum Pekerja Tanpa Proses Dan Bukti

Disiplin perlu tegas, adil, konsisten dan boleh dipertahankan.

Jangan Anggap Jualan Sebagai Keuntungan

Duit masuk tidak bermaksud syarikat sedang untung. Owner perlu memahami kos, margin, komitmen dan aliran tunai.

Jangan Jadikan Owner Pusat Kepada Semua Keputusan

Kalau semuanya masih menunggu owner, itu bukan sistem. Itu kebergantungan.

Kumpulan ABS

Pemikiran Dipimpin Oleh Firdaus, Pelaksanaan Disokong Oleh Kumpulan ABS

Firdaus mengetuai proses diagnosis, pemikiran dan hala tuju penyelesaian. Kumpulan ABS menyediakan pasukan dan kepakaran untuk membantu pelaksanaan mengikut keperluan syarikat. Masalah HR boleh memberikan kesan kepada operasi, masalah operasi boleh menyebabkan kebocoran kewangan, dan masalah kewangan pula mungkin berpunca daripada keputusan pengurusan — sebab itu penyelesaian tidak boleh dibina secara terpisah.

Pengurusan Bisnes & Sumber Manusia

Struktur organisasi, peranan, prestasi, disiplin dan pembangunan pekerja.

Akaun & Kewangan

Aliran tunai, kos, margin, laporan kewangan dan kawalan perbelanjaan.

SOP, Operasi & Sistem Pemantauan

Aliran proses, SOP, laporan, bukti pelaksanaan dan dashboard pengurusan.

Pemasaran Digital, Latihan & Pembangunan Organisasi

Pemasaran digital, latihan dalaman dan pembangunan organisasi mengikut keperluan syarikat.