Laman Utama / Soalan Lazim
Kalau soalan tuan tiada di sini, hubungi kami — kami jawab secara terus.
Tidak. Diagnos ialah penilaian awal. Forensik ialah pemeriksaan lebih mendalam melalui temu bual, semakan dokumen, data dan operasi.
Tidak. Ada masalah yang boleh diselesaikan sendiri selepas mendapat cadangan yang jelas. Coaching atau Servis Bulanan hanya dicadangkan apabila diperlukan.
Ya. Kami membantu syarikat di seluruh Malaysia. Sesi boleh dijalankan secara dalam talian, bersemuka atau melalui lawatan ke premis mengikut skop.
Tidak. Kami turut melihat pelaksanaan, tanggungjawab, laporan, bukti kerja dan pemantauan.
Bagi kerja konsultasi dan forensik, ya. Maklumat syarikat, pekerja, kewangan dan operasi dikendalikan secara sulit dan identiti hanya didedahkan dengan kebenaran. Bagi sesi latihan pula, nama organisasi boleh disenaraikan kerana sesi latihan tidak melibatkan pemeriksaan rekod dalaman syarikat.
Ya. Firdaus merupakan trainer bertauliah HRDC. Syarikat yang mencarum HRDC boleh menuntut semula kos latihan mengikut syarat yang ditetapkan. Kami boleh membantu tuan menyemak kelayakan sebelum sesi dijadualkan.
Tidak. Latihan boleh diambil secara berasingan. Namun Diagnos Bisnes membantu menentukan topik yang paling memberi kesan kepada syarikat tuan, supaya latihan tidak menjadi sesi yang sekadar menyeronokkan tetapi tidak mengubah apa-apa.
Fokus utama kami ialah syarikat yang sudah beroperasi, mempunyai staff dan berhadapan dengan cabaran pengurusan.
Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.