Kerja tak siap, jadi kita tambah orang. Gaji naik, kos naik, dan tiga bulan kemudian kerja masih tak siap. Cuma sekarang lebih ramai orang yang menunggu.
Sebabnya
Masalah bukan bilangan orang. Masalah ialah kerja yang tak ada pemilik. Bila semua orang bertanggungjawab, tiada siapa bertanggungjawab.
Tiga punca sebenar
- Satu kerja ada tiga orang yang boleh buat, jadi tiada siapa mula. Setiap orang menganggap orang lain sudah ambil.
- Kerja bergantung pada kelulusan owner yang sentiasa sibuk. Kerja siap 90 peratus, kemudian duduk menunggu seminggu.
- Tiada urutan keutamaan, jadi semua orang buat yang paling senang. Kerja yang penting tetapi susah ditangguhkan setiap hari.
Yang perlu dibuat
- Setiap kerja ada satu nama, bukan satu jabatan. Bukan bahagian jualan akan ikut, tetapi Aminah akan ikut, sebelum Khamis.
- Tetapkan tiga keutamaan minggu ini, bukan lapan. Kalau semua penting, tiada yang penting.
- Keluarkan owner daripada laluan kelulusan kerja harian. Beri had, dan biar kerja bergerak tanpa kita.
Ujian yang mudah
Ambil senarai kerja yang tergendala minggu ini. Tulis satu nama di sebelah setiap satu. Kalau ada kerja yang kita tak boleh letak nama, itulah puncanya.
Dan kalau nama kita muncul lebih daripada tiga kali dalam senarai itu, masalahnya bukan pasukan. Masalahnya laluan kelulusan.
Tambah orang menyelesaikan masalah kapasiti. Ia tak pernah menyelesaikan masalah kejelasan.
Dari Orang Bisnes kepada Orang Bisnes.
Ringkasan dalam slaid






Kerja dalam bisnes tuan ada pemilik atau ada penonton? Mulakan dengan Diagnos Bisnes.