Duit Kecil Yang Hilang Setiap Hari

Catatan Tukang Fikir

Duit kaunter kurang sedikit. Bukan banyak, cuma tak cukup. Esok pun begitu. Hujung bulan baru kita perasan jumlahnya bukan kecil.

Waktu itu suasana jadi tak sedap. Kita mula pandang staf dengan cara lain, dan staf pula rasa dituduh walaupun tiada siapa berkata apa-apa.

Selalunya ia rekod, bukan orang

Bayar teksi untuk hantar barang. Beli mentol yang rosak. Isi minyak motor untuk pergi bank. Belanja air untuk tukang yang datang. Semua guna duit kaunter, semua tanpa slip, semua diingat dalam kepala dan semuanya akan dilupakan menjelang petang.

Jadi sebelum kita syak orang, kita kena tanya satu soalan. Ada tak sistem untuk merekod duit kecil itu? Kalau tiada, maka bukan orang yang gagal, sistem yang tak pernah ada.

Sistem paling ringkas

  1. Tetapkan satu jumlah tetap untuk duit belanja kecil. Contohnya tiga ratus ringgit, disimpan berasingan daripada duit jualan.
  2. Setiap perbelanjaan mesti ada slip, tanpa pengecualian. Kalau tiada resit daripada kedai, tulis sendiri di atas kertas dan tandatangan.
  3. Isi semula hanya sebanyak resit yang dihantar. Hantar resit dua ratus, terima dua ratus.

Kenapa cara ini berkesan? Sebab jumlah duit dalam tin campur jumlah resit mesti sentiasa sama dengan tiga ratus. Kalau tak sama, kita tahu pada hari itu, bukan pada hujung bulan.

Dan yang paling penting, ia melindungi staf yang jujur. Tanpa rekod, semua orang jadi suspek. Dengan rekod, tiada siapa perlu dipertahankan.

Dari Orang Bisnes kepada Orang Bisnes.

Ringkasan dalam slaid

Duit kecil bisnes tuan hilang tanpa rekod? Mulakan dengan Diagnos Bisnes.

Sejauh Mana Bisnes Tuan Benar-Benar Boleh Berjalan Tanpa Tuan?

Mulakan Dengan Diagnos Bisnes — 5 Hingga 10 Minit.

Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.