Interview 30 Minit, Menyesal Tiga Tahun

Cara kebanyakan bisnes kecil mengambil orang hampir sama. Tengok resume, sembang setengah jam, rasa sedap hati. Minggu depan dia mula kerja.

Kemudian tiga bulan kemudian kita mula sedar sesuatu tak kena. Dan pada bulan keenam kita sudah tahu, tetapi kita sudah terlalu jauh untuk berhenti.

Masalah dengan interview

Interview menguji cara orang bercakap. Kerja memerlukan cara orang bekerja. Dua perkara ini boleh sangat berbeza, dan orang yang paling petah bercakap bukan selalunya orang yang paling boleh diharap.

Lebih buruk lagi, kita selalu lebih suka orang yang mirip dengan kita. Bukan sebab mereka lebih baik, tetapi sebab mereka lebih senang difahami.

Tiga cara menapis yang lebih baik

  1. Beri satu tugasan kecil yang sebenar, dibayar, sebelum diambil. Dua jam kerja betul memberi maklumat lebih banyak daripada dua jam perbualan.
  2. Tanya soalan sejarah, bukan soalan andaian. Bukan “kalau pelanggan marah, apa kamu buat”, tetapi “ceritakan kali terakhir pelanggan marah kepada kamu, dan apa yang kamu buat”. Jawapan kepada soalan kedua susah dikarang.
  3. Hubungi bekas ketua, bukan bekas rakan sekerja. Dan tanya satu soalan sahaja: kalau ada kekosongan, awak ambil dia balik?

Yang paling penting

Lambat mengambil lebih murah daripada cepat menyesal. Kekosongan selama tiga minggu menyusahkan kita. Kesilapan selama tiga tahun merosakkan pasukan.

Dan kesilapan itu bukan hanya kos gaji. Ia kos masa kita, kos staf lain yang menampung, dan kos pelanggan yang terkesan.

Satu peringatan

Kalau tiga orang gagal dalam jawatan yang sama, berhenti menyalahkan calon. Jawatan itu tak jelas, atau ketua jawatan itu yang bermasalah.

Dari Orang Bisnes kepada Orang Bisnes.

Ringkasan dalam slaid

Cara tuan ambil orang menguji kerja atau menguji sembang? Mulakan dengan Diagnos Bisnes.

Sejauh Mana Bisnes Tuan Benar-Benar Boleh Berjalan Tanpa Tuan?

Mulakan Dengan Diagnos Bisnes — 5 Hingga 10 Minit.

Diagnos Bisnes menilai Manusia, Kerja, Duit dan Owner, lalu memberikan skor dan gambaran awal tentang bahagian yang membawa risiko paling besar kepada syarikat tuan. Ia bukan audit dan bukan keputusan muktamad — ia menentukan apa yang perlu diperiksa dahulu.